SEJARAH
Mengikut
cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk
Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas
tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an
hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri
daripada berbilang kaum
tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah
berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin
berkurangan.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer
nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah
Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu
pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang
selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman
merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95
peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan.
Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan
perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan kadar RM 6.00
bagi perjalanan pergi-balik.
POPULASI PENDUDUK
Pulau Aman kini dihuni oleh 249 orang penduduk daripada 40 buah keluarga. Kesemua penduduk adalah terdiri daripada Kaum Melayu. Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan pantai. Ada juga dikalangan mereka yang mengusahakan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) seperti memproses hasil laut, perusahaan membuat Kerepek Sukun dan Homestay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan