 |
Restoran Terapung |
Ini adalah satu-satunya restoran yang terdapat di Pulau Aman. Selain itu, terdapat lagi dua tiga buah kedai yang menyediakan masakan laut selain daripada restoran ini. Tetapi hasil pendaratan ikan kebiasaannya memang dinaikkan di jeti restoran ini memandaikan tauke restoran antara peraih hasil tangkapan laut dari nelayan. Dan restoran ini juga adalah merupakan satu tarikan pelancong ke Pulau Aman. Antara makanan yang membuatkan restoran ini sentiasa dibanjiri pelancong setiap kali waktu cuti hujung minggu dan cuti am adalah ini:
 |
Udang Lipan/Mantis Prawn yang mengjadi kegilaan pelancong ke Pulau Aman |
 |
MEE KUAH UDANG |
Selain restoran terapung ini, terdapat juga tempat-tempat menarik seperti
 |
Pokok Sukun tertua di Malaysia |
Antara pokok buah-buahan yang mendominasi
kawasan penempatan di Pulau Aman ialah Pokok Sukun kerana hampir setiap
rumah penduduk ditanam dengan pokok jenis ini. Dan pokok sukun ini merupakan Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia.
Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran
di Pulau Aman, Tok Awang
Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak. Permintaan untuk kerepek sukun juga sangat menggalakkan disebabkan rasa sukun yang lebih lemak berbanding dengan sukun dari luar.
 |
Telaga Mas |
Telaga Mas mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk
yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas
yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun,
analisis yang dilakukan pemerintahan
British
ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna
emas (Sila klik pada gambar jika ingin membaca sejarah lanjut Telaga
Emas). Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan
air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya
bersebelahan diantara satu sama lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan