Island of Peace, Penang, Malaysia

Island of Peace, Penang, Malaysia
Perkongsian mengenai Pulau Aman

Rabu, 19 Februari 2014

ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI

                                      

Restoran Terapung
Ini adalah satu-satunya restoran yang terdapat di Pulau Aman. Selain itu, terdapat lagi dua tiga buah kedai yang menyediakan masakan laut selain daripada restoran ini. Tetapi hasil pendaratan ikan kebiasaannya memang dinaikkan di jeti restoran ini memandaikan tauke restoran antara peraih hasil tangkapan laut dari nelayan. Dan restoran ini juga adalah merupakan satu tarikan pelancong ke Pulau Aman. Antara makanan yang membuatkan restoran ini sentiasa dibanjiri pelancong setiap kali waktu cuti hujung minggu dan cuti am adalah ini:
Udang Lipan/Mantis Prawn
yang mengjadi kegilaan pelancong ke Pulau Aman

MEE KUAH UDANG











Selain restoran terapung ini, terdapat juga tempat-tempat menarik seperti

 
Pokok Sukun tertua di Malaysia
Antara pokok buah-buahan yang mendominasi kawasan penempatan di Pulau Aman ialah Pokok Sukun kerana hampir setiap rumah penduduk ditanam dengan pokok jenis ini. Dan pokok sukun ini merupakan Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran di Pulau Aman, Tok Awang Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak. Permintaan untuk kerepek sukun juga sangat menggalakkan disebabkan rasa sukun yang lebih lemak berbanding dengan sukun dari luar.


Telaga Mas

Telaga Mas mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas (Sila klik pada gambar jika ingin membaca sejarah lanjut Telaga Emas). Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain.

Detail Mengenai Pulau Aman

SEJARAH

Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan kadar RM 6.00 bagi perjalanan pergi-balik.

POPULASI PENDUDUK

Pulau Aman kini dihuni oleh 249 orang penduduk daripada 40 buah keluarga. Kesemua penduduk adalah terdiri daripada Kaum Melayu. Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan pantai. Ada juga dikalangan mereka yang mengusahakan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) seperti memproses hasil laut, perusahaan membuat Kerepek Sukun dan Homestay.