Setelah sekian lama blog ini menyepi disebabkan kesukaran mendapatkan sumber internet dan kesibukan dalam rutin harian, jadi mulai saat ini saya akan memulakan perkongsian baru mengenai Pulau Aman. Segala perkongsian adalah memberi kelebihan dan sumber rujukan buat mereka yang ingin mengetahui sedikit sebanyak mengenai Pulau Aman.
Tujuan selebihnya adalah untuk menjadikan Pulau Aman lebih dikenali dan dapat menarik para pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Pulau Aman dan dalam masa yang sama membantu perningkatan taraf ekonomi penduduk kampung di sini.
Jadi, seperti yang saya katakan mulai saat ini saya akan mendapatkan sumber - sumber terkini mengenai Pulau Aman untuk saya updatekan untuk entry seterusnya.
-Terima Kasih Kepada Anda Yang Singgah-
Pulau Aman, Penang, Malaysia
BLOG INI DIWUJUDKAN UNTUK PERKONGSIAN MENGENAI KAMPUNG PULAU AMAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PENANG, MALAYSIA. SEGALA SUMBER YANG DITERBITKAN DIPEROLEHI SECARA LISAN DARIPADA PENDUDUK DAN SUMBER DARIPADA INTERNET.
Isnin, 8 Mei 2017
Rabu, 19 Februari 2014
ANTARA LOKASI MENARIK UNTUK DILAWATI
![]() |
Restoran Terapung |
![]() |
Udang Lipan/Mantis Prawn yang mengjadi kegilaan pelancong ke Pulau Aman |
![]() |
MEE KUAH UDANG |
Selain restoran terapung ini, terdapat juga tempat-tempat menarik seperti
![]() |
Pokok Sukun tertua di Malaysia |
![]() |
Telaga Mas |
Telaga Mas mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas (Sila klik pada gambar jika ingin membaca sejarah lanjut Telaga Emas). Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain.
Detail Mengenai Pulau Aman
SEJARAH
Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, Pulau Aman mula diterokai oleh penduduk Kedah pada tahun 1783 dan menjadi tempat perlindungan selepas tercetusnya peperangan diantara Kedah dan Siam. Sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an, terdapat sekitar 1000 orang penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sini. Namun, penghijrahan besar-besaran ke tanah besar telah berlaku pada tahun 1960-an menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Pulau Aman terletak kira-kira 16 kilometer nautika dari tanah besar Seberang Perai dan berada dalam daerah Seberang Perai Selatan. Secara amnya, Pulau Aman merupakan salah satu pulau kecil paling hampir dengan Pulau Pinang selain daripada Pulau Jerejak dan Pulau Gedung. Namun, Pulau Aman merupakan satu-satunya pulau yang mempunyai penghuni. Sebanyak 95 peratus Pulau Aman yang berkeluasan 115.2 hektar masih diseliputi hutan. Kepada para pelancong yang ingin ke pulau ini bolehlah menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Batu Musang, Batu Kawan dengan kadar RM 6.00 bagi perjalanan pergi-balik.
POPULASI PENDUDUK
Pulau Aman kini dihuni oleh 249 orang penduduk daripada 40 buah keluarga. Kesemua penduduk adalah terdiri daripada Kaum Melayu. Majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan pantai. Ada juga dikalangan mereka yang mengusahakan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) seperti memproses hasil laut, perusahaan membuat Kerepek Sukun dan Homestay.

Langgan:
Catatan (Atom)